Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SADA tinjau tapak projek perkhemahan di Wong Ajong, Engkilili
  • Selatan
  • WILAYAH

SADA tinjau tapak projek perkhemahan di Wong Ajong, Engkilili

Utusan Sarawak 2 days ago

SADA mengadakan lawatan ke tapak projek perkhemahan dan kemudahan berkaitan di Wong Ajong, Engkilili. Foto: SADA

SIMANGGANG: Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) hari ini mengadakan lawatan ke tapak projek perkhemahan dan kemudahan berkaitan di Wong Ajong, Engkilili.

Lawatan dimulakan dengan pertemuan mesra bersama penduduk kampung di Rumah Panjang Marop menerusi sesi sarapan pagi bersama komuniti setempat.

Delegasi lawatan diketuai oleh Majlis Daerah Lubok Antu bersama Ketua Delegasi, Jack Meredan, wakil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

SADA mengadakan lawatan ke tapak projek perkhemahan dan kemudahan berkaitan di Wong Ajong, Engkilili. Foto: SADA

Menurut kenyataan Seketariat SADA, lawatan itu memberi ruang kepada konsultan meneliti semula reka bentuk projek dengan mengambil kira faktor paras air sungai yang tinggi pada musim tengkujuh.

Langkah itu penting bagi memastikan struktur yang akan dibangunkan kelak tidak terjejas oleh ancaman banjir atau kenaikan paras air sungai.

Delegasi turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti Rumah Panjang Marop atas sambutan mesra dan kesudian menerima kehadiran rombongan.

Dalam pada itu, penduduk setempat berharap projek tersebut dapat direalisasikan demi merancakkan sektor pelancongan sekali gus memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat sekitar.

Turut serta wakil Unit SADA, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Pejabat Daerah Lubok Antu, Pejabat Daerah Kecil Engkilili, Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, para kaunselor, konsultan projek serta beberapa agensi lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Betong minta saksi kemalangan SUV terbabas tampil segera
Next: ADUN Krian terima kunjungan hormat JHBC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.