Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SADA kendalikan 25 projek tahun ini
  • WILAYAH

SADA kendalikan 25 projek tahun ini

Utusan Sarawak 2 years ago

Mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu SADA yang diadakan di Wisma SADA baru-baru ini turut dihadiri Ahli Parlimen Sri Aman Dato Sri Doris Sophia Brodie.

SRI AMAN: Pembinaan dan renovasi kampus Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) di sini akan dipercepatkan dengan suntikan dana RM2 juta menjadikan kos keseluruhan projek tersebut sebanyak RM3.5 juta.

Pengerusi Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, ini akan memastikan kerja renovasi berjalan lancar dan projek tersebut akan menjadi yang pertama diuruskan oleh SADA.

Katanya lagi, pada tahun ini, sebanyak 25 projek akan dilaksanakan di bawah SADA. 

Keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu SADA yang diadakan di Wisma SADA baru-baru ini.

Rohani turut memaklumkan bahawa projek-projek tersebut merangkumi pelaksanaan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sistem saliran dan pengairan, ekonomi seperti pelancongan dan sosial seperti TVET. 

Beliau juga menyenaraikan beberapa projek.

Antaranya, Projek Pengurangan Banjir Kawasan Kejamut, Peningkatan Jalan Guntong-Menalang, Pembinaan Jambatan di Kampung Beleti, Rumah Pengamat Orang Utan Riverside Observatory di Batang Ai.

Pada mesyuarat sama, Jawatankuasa Pemandu SADA turut meluluskan satu projek baharu iaitu Pemasangan Sistem Lampu Isyarat di Traffic Hight yang akan dilaksana oleh Jabatan Kerja Raya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SADA Datuk Amar Jaul Samion, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan dan ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Selain itu, Ahli Parlimen Sri Aman Dato Sri Doris Sophia Brodie, Pegawai Tadbir Khas SADA Datu Indit Bangai dan ketua-ketua jabatan yang berkaitan.

Continue Reading

Previous: Terbuka kepada semua kaum, Lan Berambeh sungkei di Tebingan Sri Aman Rabu depan
Next: Julaihi sumbang dua unit kerusi gunting rambut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.