Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas Taman Bintang anjur pertandingan futsal
  • WILAYAH

Saberkas Taman Bintang anjur pertandingan futsal

Utusan Sarawak 2 years ago

SEPAK MULA... ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing melakukan sepak mula Pertandingan Futsal Tertutup di Gelanggang Futsal Taman Bintang, semalam.

BINTANGOR: Unit Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Taman Bintang menganjurkan pertandingan futsal.

Pertandingan futsal ini disertai oleh lima orang sepasukan dan disertai dari umur 16 hingga 40 tahun ke bawah dalam penyertaan belia-belia Taman Bintang.

Hadir untuk merasmikan pertandingan futsal tertutup itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Dalam ucapannya, beliau berharap peserta yang terdiri dari golongan belia bermain dalam semangat berpasukan yang tinggi.

“Jalinan kerjasama dalam pasukan akan diteruskan selepas berakhirnya pertandingan ini.

“Ini kerana perpaduan juga merupakan salah satu elemen yang amat baik untuk golongan belia bermuafakat tanpa mengira kaum, bangsa dan umur,” katanya.

Ding yang juga Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong berkata, pertandingan futsal sesuai diadakan pada masa ini kerana musim cuti sekolah.

“Inilah langkah terbaik untuk mengalakkan golongan belia sentiasa mengadakan aktiviti senanam berbanding membuang masa bermain di rumah,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi I Saberkas Cawangan Meradong, Khairulddin Qalam Daud dan Pengerusi Unit Saberkas Taman Bintang, Mohd Adzeri Malek.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Nisbah jururawat dengan pesakit tidak seimbang – Sim
Next: Kanak-kanak seronok jadi ‘anggota bomba’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.