Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SABERKAS Meradong santuni warga emas, keluarga kurang berkemampuan
  • WILAYAH

SABERKAS Meradong santuni warga emas, keluarga kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 5 days ago
PRIHATIN… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyantuni warga emas semasa turun padang Program Ziarah Kebajikan SABERKAS Prihatin. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

BINTANGOR: Semangat kepedulian sosial dan kebersamaan terus diperkukuh apabila Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) Cawangan Meradong melaksanakan Program Ziarah Kebajikan SABERKAS Prihatin bagi menyantuni keluarga memerlukan dan warga emas yang menghadapi masalah kesihatan.

Program tersebut diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Katanya, melalui pendekatan turun padang ini, SABERKAS Meradong bukan sahaja menyalurkan bantuan berbentuk keperluan harian tetapi turut menyampaikan mesej kasih sayang, empati dan sokongan moral kepada masyarakat yang memerlukan perhatian.

“Program sebegini amat penting untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat, selain menjadi jambatan kasih yang menghubungkan masyarakat melalui keprihatinan dan rasa tanggungjawab bersama. 

“Semangat ‘SABERKAS Prihatin’ bukan sekadar slogan, sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan setiap lapisan masyarakat di kawasan Meradong tidak terpinggir daripada perhatian kebajikan,” katanya ketika ditemui media, semalam. 

PRIHATIN… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyantuni warga emas semasa turun padang Program Ziarah Kebajikan SABERKAS Prihatin. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

Tambahnya, beliau amat menghargai sokongan padu daripada ahli-ahli SABERKAS Meradong yang sentiasa komited dalam menjayakan setiap aktiviti kebajikan. 

Kuong Hiing turut menggesa agar nilai kasih sayang dan semangat tolong-menolong terus diperkasakan dalam kalangan belia dan masyarakat, selaras dengan matlamat SABERKAS untuk membina generasi prihatin, berdaya saing dan bertanggungjawab sosial.

Program yang turut disertai oleh sukarelawan serta ahli masyarakat setempat itu berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, selain memperkukuh semangat perpaduan di kawasan Meradong.

Melalui inisiatif SABERKAS Prihatin, nilai kemanusiaan terus disemai dan diperluas, menjadikan SABERKAS bukan sekadar pertubuhan belia, tetapi juga rakan masyarakat dalam setiap aspek kehidupan, sama ada ketika senang mahupun diuji.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM2 juta kos operasi, SM Wong Nai Siong galak komuniti beri sokongan
Next: IPD Lawas jalankan ujian bot sebagai persiapan Monsun Timur Laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.