Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas Meradong anjur program Ngabang Gawai Segulai Sejalai
  • Tengah
  • WILAYAH

Saberkas Meradong anjur program Ngabang Gawai Segulai Sejalai

Utusan Sarawak 14 hours ago
RAIKAN BERSAMA…..ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama penduduk Rumah James Berandah. 
 

BINTANGOR: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Meradong telah menganjurkan program Ngabang Gawai Segulai Sejalai di Rumah James Berandah, baru-baru ini, bagi meraikan sambutan Gawai bersama komuniti setempat.

Hadir sama memeriahkan program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembira atas kerjasama erat yang ditunjukkan oleh Exco Saberkas Cawangan Meradong dalam setiap pelaksanaan program.

“Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Unit Iban Saberkas Cawangan Meradong yang berjaya menganjurkan program ini dengan begitu meriah dan teratur,” katanya.

Beliau turut menggesa penduduk Rumah James Berandah agar terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan kerajaan Sarawak di bawah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Rakyat Sarawak amat bertuah kerana keperluan asas dan kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, selain pelbagai insentif yang telah disalurkan.

“Oleh itu, sokongan yang berterusan amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin pada masa akan datang,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam pili bomba diperiksa, elak gangguan operasi kecemasan
Next: 200 penduduk Dudong, Sibu Jaya hadiri seminar kesedaran Perkeso

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.