Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas Meradong agih 300 pek bubur lambuk di Bazar Ramadan Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Saberkas Meradong agih 300 pek bubur lambuk di Bazar Ramadan Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Ding Koung Hiing berganbar bersama ahli-ahli Saberkas Cawangan Meradong. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Sebanyak 300 pek bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai di Bazar Ramadan Bintangor dalam program Jerayawara Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Meradong, petang semalam.

Program tersebut turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, pengagihan bubur lambuk tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti kebajikan sempena Ramadan bagi menyantuni masyarakat setempat yang berkunjung ke bazar.

DATUK Ding Koung Hiing menyerahkan bubur lambuk kepada orang awam yang berada dalam kereta di sekitar kawasan bazar. Foto Pusat Khidmat Meradong

“Selain bubur lambuk, orang ramai yang hadir turut menerima air mineral dan buah kurma yang diagihkan oleh ahli-ahli Saberkas daripada Unit Melayu, Cina dan Iban yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program tersebut.

“Program seperti ini mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli Saberkas serta masyarakat di Daerah Meradong, khususnya dalam berkongsi rezeki dan menyemarakkan lagi suasana Ramadan,” katanya ketika ditemui media.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli Saberkas yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan program tersebut berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada orang ramai.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan Meradong, Ley Chee Hua; Setiausaha Saberkas Cawangan Meradong, Dominic Amor; Timbalan Setiausaha Saberkas Cawangan Meradong, Azmi Tambi dan Ika Flora; Timbalan Bendahari Saberkas Cawangan Meradong, Esther Jong dan Pengerusi Pengelola program Jerayawara Bubur Lambuk, Abang Husen.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak antara negeri catat skor perpaduan tertinggi negara
Next: Kampung Gersik dilanda banjir kilat, paras air mulai menurun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.