Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SABERKAS Kakus hulur bantuan makanan
  • TEMPATAN

SABERKAS Kakus hulur bantuan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
SABERKAS Cawangan Kakus menyampaikan bantuan berupa sayur-sayuran kepada penduduk Blok E, Flat Pine di Tatau pada Rabu lalu yang kini sedang dalam penguatkuasaan PKPD.

BINTULU: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kakus memberikan bantuan makanan berupa sayur-sayuran kepada penduduk di Blok E, Flat Pine di Tatau pada Rabu lalu selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengerusinya, Mohammad Rizal Julaihi berkata, sumbangan itu salah satu program kebajikan yang telah dilaksanakan di seluruh Sarawak bagi membantu rakyat yang terjejas akibat kejadian sedemikian.

“Program SABERKAS Prihatin adalah salah satu program kebajikan yang telah dilaksanakan di seluruh cawangan SABERKAS di Sarawak.

“Ianya mula diadakan pada tahun ini dengan peruntukan disalurkan SABERKAS Ibu Pejabat ke cawangan masing-masing,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Beliau menjelaskan, bantuan tersebut memfokuskan beberapa bantuan kebajikan untuk golongan yang memerlukan, misalnya mereka yang terjejas dengan pandemik Covid-19, rumah terbakar, bencana alam dan sebagainya.

Difahamkan, blok tersebut telah dikenakan PKPD sejak 22 Mei lepas bagi mengekang penularan Covid-19 di kawasan terbabit.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi  SABERKAS Kakus, Tan Mong Howe; Setiausaha SABERKAS Kakus, Hamzariah Hamdan dan ahli jawatankuasa SABERKAS Kakus, Rosmawati.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak berfungsi seperti biasa selepas 6 Jun
Next: 755 pek makanan dihantar ke Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.