
SIBU: Program Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Prihatin Cawangan Dudong semalam tampil menyantuni mangsa kebakaran di Lorong Sukun 4.
Program berupa bantuan bakul makanan itu telah disempurnakan bersama Pengerusi SABERKAS Cawangan Dudong, Tiong Sie Keong.
Kebakaran yang berlaku pagi semalam, menyebabkan rumah musnah sepenuhnya manakala empat lagi terjejas.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, dua rumah mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus di bahagian tempat letak kereta, manakala dua lagi terbakar sekitar lima peratus di bahagian sama.
Kebakaran tersebut tidak menyebabkan kecederaan kepada mana-mana mangsa.
Oleh Akun Giman