Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SABERKAS Cawangan Lingga agih 1,000 pek bubur lambuk sempena Ramadan
  • SEMASA

SABERKAS Cawangan Lingga agih 1,000 pek bubur lambuk sempena Ramadan

Utusan Sarawak 10 hours ago
DAYANG Noorazah semasa mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung yang berada di Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB Simanggang yang diadakan di Pasar Tamu Baru, semalam. Foto: ADUN Lingga

SIMANGGANG: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Lingga telah mengagihkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk kepada pengunjung di Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simanggang yang diadakan di Pasar Tamu Baru, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor memuji komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh belia-belia SABERKAS Cawangan Lingga sepanjang persediaan menyediakan bubur lambuk tersebut.

Beliau berkata usaha yang dilakukan sangat membanggakan sehingga berjaya menghasilkan 1,000 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.

DAYANG Noorazah semasa mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung yang berada di Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB Simanggang yang diadakan di Pasar Tamu Baru, semalam. Foto: ADUN Lingga

“Apa yang lebih saya banggakan, kesemua kerja-kerja persediaan ini termasuk menyediakan bahan-bahan, memasak, membungkus serta mengagihkan bubur lambuk semuanya dilakukan oleh golongan belia SABERKAS Cawangan Lingga,” katanya.

Program pengagihan bubur lambuk ini merupakan salah satu cara untuk mengimarahkan semangat bergotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat, selain mengeratkan silaturahim antara belia dan penduduk.

Dayang Noorazah turut turun padang bagi menyantuni masyarakat serta memberi sokongan kepada usaha murni yang dijalankan oleh belia-belia SABERKAS.

DAYANG Noorazah semasa mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung yang berada di Bazar Ramadan Pergerakan Pemuda PBB Simanggang yang diadakan di Pasar Tamu Baru, semalam. Foto: ADUN Lingga

Keseluruhan program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh golongan belia, bermula daripada penyediaan bahan-bahan sehinggalah kepada pengagihan kepada pengunjung bazar.

Menurut beliau, aktiviti sebegini bukan sahaja memupuk semangat kebersamaan, malah membantu menyemarakkan bulan Ramadan di kalangan penduduk tempatan.

Beliau juga menekankan bahawa penglibatan aktif belia dalam program komuniti seperti ini menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masyarakat dan budaya gotong-royong yang diwarisi sejak dahulu.

“Semoga usaha ini terus menyemarakkan semangat Ramadan, mengeratkan ukhuwah dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.

Dayang Noorazah turut mengucpakan tahniah dan syabas kepada seluruh belia SABERKAS Cawangan Lingga atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rumah terbuka cerminkan perpaduan kukuh masyarakat Sarawak
Next: Platform panduan digital dalam tujuh bahasa perkaya pengalaman jemaah di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.