Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SABERKAS Bekenu agih bakul makanan
  • TEMPATAN

SABERKAS Bekenu agih bakul makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
SABERKAS PRIHATIN… Datuk Rosey Yunus menyerahkan bakul makanan kepada Mahmud Sanai sebagai simbolik yang akan diedarkan kepada penerima melalui setiap unit semalam.

BEKENU: SABERKAS Cawangan Bekenu agihkan bakul makanan kepada 54 penerima yang benar-benar memerlukan bantuan makanan.

Majlis simbolik penyerahan ringkas telah disempurnakan oleh Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus di Pusat Aktiviti Belia Sibuti semalam.

Datuk Rosey Yunus yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu dan Penasihat SABERKAS Cawangan Bekenu berkata, bantuan ini merupakan inisiatif ahli Saberkas sendiri dalam menjaga ahli keluarga Saberkas terutama warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Program SABERKAS Prihatin ini melibatkan 9 unit Saberkas Bekenu iaitu Unit Bekenu, Batu Niah, Seah, Selanyau, Bakas, Kelulit, Bungai, Rancah-Rancah dan Angus.

“Setiap unit diagihkan enam bakul makanan untuk diedarkan kepada yang terpilih oleh unit masing-masing”, jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi SABERKAS Cawangan Bekenu Mahmud Sanai berkata, ketua dan timbalan di setiap unit akan mengagihkan bakul makanan di kawasan masing-masing.

Pengagihan secara demikian lebih mudah dan cepat sampai ke tangan penerima, jelasnya.

Continue Reading

Previous: MBM terpaksa rampas barangan penjaja
Next: Adam Yii dilantik semula Datuk Bandar MBM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.