Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Saberkas Ba’kelalan anjur Karnival Sukan KASUS
  • SUKAN

Saberkas Ba’kelalan anjur Karnival Sukan KASUS

Utusan Sarawak 8 hours ago
SEKITAR KASUS...Henry Sum bersama Steve dan Ketua Masyarakat Trusan meriahkan KASUS Saberkas Cawangan Ba’kelalan.

LAWAS: Golongan belia perlu terus aktif dalam pelbagai aktiviti sukan, kebajikan dan kemasyarakatan bagi membentuk insan berkualiti.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk dimanfaatkan golongan muda bagi melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kegiatan lain yang berfaedah.

“Kita perlu sentiasa cergas dan aktif demi kesihatan minda serta tubuh badan. Oleh itu, kita harus bersama-sama menghindari aktiviti tidak sihat seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah.

SEKITAR KASUS...Henry Sum bersama Steve dan Ketua Masyarakat Trusan meriahkan KASUS Saberkas Cawangan Ba’kelalan.

“Kita mahu anak muda di Trusan dan Lawas bebas daripada dadah kerana kes berkaitan dadah di Lawas tidak seteruk di tempat lain dan masih banyak ruang untuk kita membanteras aktiviti jenayah,” katanya ketika merasmikan Karnival Sukan Saberkas (KASUS) Cawangan Ba’kelalan di gelanggang sukan Trusan hari ini.

Pertandingan tersebut disertai belia Trusan melibatkan acara futsal lelaki dan wanita serta bola tampar campuran.

SEKITAR KASUS...Henry Sum bersama Steve dan Ketua Masyarakat Trusan meriahkan KASUS Saberkas Cawangan Ba’kelalan.

Dalam pada itu, Henry Sum turut menyeru golongan muda di Trusan agar bersama-sama menyumbang kepada pembangunan kawasan tersebut selain mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan dan sukan.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memenuhi keperluan golongan muda supaya terus aktif dalam bidang sukan dan pendidikan.

Turut hadir, Exco Saberkas Sarawak merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan Steve Lius, Pengerusi Saberkas Cawangan Bukit Sari Lawas Awangku Syahrizan Pengiran Hipni, ketua masyarakat Trusan serta tetamu lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aston Villa malukan Liverpool, sahkan slot Liga Juara-Juara
Next: Sze Fei-Nur Izzuddin terlepas peluang ke final Terbuka Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.