Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SABATI terima sumbangan RM50,000 PETRONESA
  • TEMPATAN

SABATI terima sumbangan RM50,000 PETRONESA

Utusan Sarawak 4 years ago
SUMBANGAN… Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki menyampaikan sumbangan kepada Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Pejabat SABATI, Wisma Sultan Tengah, semalam

KUCHING: Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menerima sumbangan berjumlah RM50,000 daripada pihak PETRONESA, semalam.

SABATI dalam satu kenyataan mendedahkan SABATI komited dalam membantu pertubuhan kebajikan dan masyarakat yang memerlukan di Sarawak dengan menyerahkan pelbagai bentuk bantuan semasa pandemik Covid-19.

“Semasa wabak Covid 19 melanda negara, SABATI telah menghulurkan bantuan kepada Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sentosa di Kuching, Hospital Miri, Bintulu termasuklah bantuan alat pelindung diri (PPE), pelitup muka, pembersih tangan dan sebagainya.

“Selain itu, SABATI turut menyumbang anti-Covid-19 Kits dan bantuan kewangan kepada semua 55 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Sarawak.

“Di samping itu, bantuan berbentuk elektronik dan komunikasi turut diberikan kepada petugas barisan hadapan bagi memudahkan mereka menjalankan tugasan mereka,” maklum SABATI dalam kenyataan tersebut.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi PETRONESA, Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki di Pejabat SABATI, Wisma Sultan Tengah.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Aktiviti sukan, riadah belum dibenarkan
Next: BERHEMAH MENYUKAT TANAH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.