Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sabah komited beri nafas baharu kepada industri pelancongan
  • BISNES

Sabah komited beri nafas baharu kepada industri pelancongan

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK CHRISTINA LIEW

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited dengan usaha untuk memberi nafas baharu kepada industri pelancongan di Sabah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan pasca- Covid-19.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata perkara ini dinyatakan dalam ‘Sabah New Deal’ yang diumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Khamis lepas.

Liew berkata negeri Sabah sedang memberi tumpuan dan pertimbangan serius terhadap usaha-usaha untuk memulakan pelancongan domestik di bawah ‘Sabah New Deal’ dengan peruntukan kewangan sebanyak RM22 juta diberikan untuk memulihkan sektor pelancongan.

“Daripada jumlah itu, RM10 juta akan digunakan untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan, RM7 juta bagi tujuan mengimbangi diskaun 50 peratus ke atas bayaran masuk ke destinasi pelancongan dan RM5 juta lagi adalah untuk membiayai insentif promosi industri hotel tempatan.

“Saya percaya dengan usaha bersepadu, rancangan dan strategi konkrit, industri kita dapat mengatasi krisis ini dan menjadi lebih kukuh untuk membawa Sabah kembali ke zaman kegemilangannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menggesa pemain pelancongan dan persatuan pelancong untuk memanfaatkan peruntukan RM60 juta di bawah ‘Sabah New Deal’ yang bertujuan memudahkan peralihan sektor swasta ke ekonomi digital.

Beliau berkata transformasi ke arah e-dagang sebagai alat digital adalah jalan penyelesaian untuk sektor swasta merebut peluang ekonomi dalam era normal baharu ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia, India perkukuhkan kerjasama
Next: Pengunjung dibenarkan masuk lapangan terbang – MAHB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.