Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sabah FC, JDT buat perhitungan di pentas final Piala FA 
  • SUKAN

Sabah FC, JDT buat perhitungan di pentas final Piala FA 

Utusan Sarawak 5 hours ago

Pemain Selangor FC Harith Haiqal (empat, kanan) menanduk bola ke gawang gol Sabah pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Selangor FC menentang Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Sabah FC mencipta sejarah layak ke final Piala FA buat kali pertama dengan mengatasi Selangor FC 5-4 menerusi penentuan penalti selepas terikat 5-5 secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Pertembungan sengit itu menyaksikan kedudukan terikat 3-3 selepas 120 minit permainan, selain satu layangan kad merah kepada pemain Selangor, Diarra Mamadou pada masa kecederaan babak kedua.

Sabah berjaya mara ke final Piala FA selepas menundukkan Selangor. Foto: MFL

Penjaga gol Damien Lim muncul wira pasukan pelawat apabila menyelamatkan dua percubaan pemain tuan rumah, Harith Haiqal Adam Afkar dan Mohammad Abualnadi sekali gus menebus kesilapan rakan sepasukan Ajdin Mujagic yang gagal menyempurnakan sepakan sebelum itu.

Terdahulu, Mohamad Faisal Abdul Halim meletakkan skuad Gergasi Merah yang dihukum beraksi tanpa penonton, di depan pada minit ke-33 sebelum Dane Ingham menyamakan kedudukan dua minit selepas rehat.

Selangor FC kembali mendahului menerusi penyudah Chrigor Moraes pada minit ke-51, namun Sabah FC berjaya bangkit mengikat kedudukan apabila Mujagic meledak gol kedua pasukan pada minit ke-62.

Mohamad Faisal kembali meletakkan Selangor FC di depan pada minit ke-73 sebelum Sabah FC sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Mujagic pada minit ke-88.

Pemain Selangor FC Faisal Halim (dua, kiri) meraikan kejayaannya menjaringkan gol pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Selangor FC menentang Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya malam tadi/BERNAMA

Sebagai rekod, sebelum dikenali sebagai Sabah FC melalui proses penswastaan, pasukan Sabah telah tampil di pentas final sebanyak tiga kali dengan kali terakhir pada 1998, namun kesemua penampilan itu berakhir sebagai naib juara.

Di pentas final, Sabah FC akan membuat perhitungan menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mara dengan kemenangan agregat 4-1 selepas mengatasi Kuching City FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada satu lagi aksi separuh akhir kedua.

Pemain JDT Oscar Aribas Pasero (kanan) tenang menanduk bola sambil tidak diasak pemain Kuching City FC Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (kiri) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi/BERNAMA

Gol pembukaan JDT hadir pada minit ke-25 apabila Bergson Da Silva menyempurnakan gerakan kemas hasil kombinasi Oscar Aribas dan Corbin-Ong bagi memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Skuad Harimau Selatan kemudian memiliki beberapa peluang untuk melebarkan kedudukan namun gagal menemui sentuhan penyudah selain dinafikan penjaga gol Kuching City Muhammad Haziq Nadzli yang tampil cemerlang di gawang.

Skuad kendalian Xisco Munoz akhirnya menoktahkan kemenangan menerusi gol kedua apabila Eddy Israfilov memanfaatkan hantaran Samuel Castillejo pada minit ke-82 sekali gus menyaksikan JDT berpeluang mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Merino selamatkan Arsenal, asakan Chelsea dengan 10 pemain
Next: Slot puji gol ‘penting’ Isak ketika Liverpool tewaskan West Ham

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.