Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sabah atasi Bintulu, Brunei, kongsi tempat ketiga dalam Sepak Takraw Veteran Ba’kelalan
  • SUKAN

Sabah atasi Bintulu, Brunei, kongsi tempat ketiga dalam Sepak Takraw Veteran Ba’kelalan

Utusan Sarawak 15 hours ago
VETERAN AKTIF…(empat dari kiri) Steve Lius bersama pengadil dan pemain daripada Sabah dan negara Brunei.  

LAWAS: Pasukan sepak takraw dari Sabah berjaya mengatasi dua regu masing-masing dari Bintulu dan Brunei untuk berkongsi tempat ketiga dalam Pertandingan Sepak Takraw Veteran anjuran Saberkas Cawangan Ba’kelalan yang berlangsung baru-baru ini.

Pasukan SwetAiz dari Sabah mencatat kemenangan mudah 2-0 ke atas pasukan Politeknik Kota Kinabalu A, sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir penentuan tempat ketiga. Pasukan Brunei Legend dan Myphan Veteran dari Bintulu turut berkongsi kedudukan ketiga dalam pertandingan tersebut.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Saberkas Sarawak, Steve Lius dan disaksikan oleh Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, Bidin Untong.

Pertandingan tersebut berjaya menarik penyertaan sebanyak 24 pasukan dari Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan negara Brunei.

Penganjuran bersama pertandingan ini turut melibatkan Veteran Brunei dan Kelab Pengadil Sepak Takraw Lawas.

Terdahulu, Steve memaklumkan bahawa sambutan yang diterima amat menggalakkan, khususnya daripada pasukan Sabah, Brunei dan Labuan dan ramai peserta menyatakan hasrat agar pertandingan seumpamanya dapat diteruskan oleh Saberkas Cawangan Ba’kelalan dan Bukit Sari pada masa akan datang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Herry sasar gelaran juara terbuka Jepun atau terbuka China
Next: Messi bakal bersemuka kelab lamanya PSG di pusingan 16 terakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.