Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rykoz United juara Piala Rolland Duat sempena Pesta Lada Julau 2025
  • SUKAN

Rykoz United juara Piala Rolland Duat sempena Pesta Lada Julau 2025

Utusan Sarawak 2 days ago
TAHNIAH…..Pasukan Rykoz United dinobat sebagai johan Pertandingan Bola Sepak Piala Rolland Duat. Foto Facebook ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin

JULAU: Pasukan Rykoz United telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Sepak Piala Rolland Duat sempena Pesta Lada Julau 2025, yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), baru-baru ini.

Sebagai juara, Rykoz United membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, berserta piala kejohanan dan medal.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Lasi FC, yang turut menerima RM2,000, piala dan medal.


Perlawanan akhir menyaksikan Rykoz United menewaskan Lasi FC menerusi sepakan penalti dengan keputusan 4-3.

Sementara itu, tempat ketiga dan keempat bersama dimenangi oleh pasukan Ace Enterprise dan Real United, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800 dan medal.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Meluan sebagai sebahagian daripada aktiviti sukan Pesta Lada Julau.

Dalam pada itu, Boniface Layun dari pasukan Lasi FC turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir atas persembahan cemerlang beliau.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Villa raih kemenangan pertama
Next: “United sudah hilang, perlukan enjin baharu, semangat baharu” – Rooney

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.