Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • RWMF tahun depan mungkin pertimbang diskaun warga emas
  • HIBURAN

RWMF tahun depan mungkin pertimbang diskaun warga emas

Utusan Sarawak 15 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menjawab soalan media selepas melakukan sesi walkabout pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) di sini, petang tadi. Foto Norman B

SANTUBONG: Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) tahun depan berkemungkinan akan mempertimbangkan pemberian diskaun khas kepada golongan warga emas sebagai menghargai sokongan berterusan mereka sejak sekian lama.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika menjawab soalan media selepas melakukan sesi walkabout pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) di sini, petang tadi.

Beliau berkata, cadangan tersebut akan diteliti oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) sebelum sebarang keputusan dibuat, mengambil kira sokongan padu golongan warga emas terhadap festival berkenaan sejak penganjuran awal lagi.

“Warga emas ini telah menyokong festival ini selama 29 tahun pada tahun ini, mungkin kita boleh pertimbangkan untuk beri diskaun khas kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa RWMF kekal sebagai festival mesra keluarga yang sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan serta keselesaan pengunjung.

Oleh Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Muzik dunia dan budaya bersatu di RWMF 2026
Next: Dato’ M.Nasir gegar pentas pembukaan RWMF 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.