Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • RWMF diteruskan, Sarawak optimis tarik pengunjung
  • HIBURAN

RWMF diteruskan, Sarawak optimis tarik pengunjung

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri kedua-dua kementeriannya di sebuah hotel, Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) akan diteruskan seperti dirancang, dengan Sarawak kekal optimis terhadap kehadiran pengunjung meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata festival berkenaan tidak hanya bergantung kepada pelancong antarabangsa, sebaliknya turut mendapat sokongan kuat daripada pengunjung tempatan dan serantau.

“Setiap tahun, lebih kurang 20,000 pengunjung hadir ke RWMF dan lebih separuh daripadanya adalah dari dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran dua kementeriannya di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Katanya, acara seperti RWMF bukan sahaja memberi hiburan, malah menjadi platform penting dalam mempromosikan seni, budaya dan industri pelancongan Sarawak ke peringkat lebih luas selaras dengan kepentingan memastikan kehidupan masyarakat terus berjalan termasuk melalui elemen kesenian dan hiburan.

Mengulas kebimbangan terhadap konflik global yang mungkin menjejaskan pergerakan pelancong, beliau berkata situasi tersebut tidak memberi kesan besar kepada kehadiran pengunjung ke Sarawak.

Menurutnya, pelancong antarabangsa masih boleh menyesuaikan laluan perjalanan mereka, manakala kehadiran pelancong dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Semenanjung dilihat mampu menyokong penganjuran festival berkenaan.

-UKAS

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Syed Saddiq, Bella Astillah sah bertunang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.