Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • RWMF 2026 kembali 26-28 Jun depan, tampil Dato M. Nasir, The Commodores dan Incognito
  • HIBURAN

RWMF 2026 kembali 26-28 Jun depan, tampil Dato M. Nasir, The Commodores dan Incognito

Utusan Sarawak 3 hours ago
TERBAIK… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Perasmian Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) di Kuching, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Festival muzik bertaraf antarabangsa, Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) bakal kembali bagi edisi ke-29 dari 26 hingga 28 Jun ini di Kampung Budaya Sarawak dengan latar belakang indah Gunung Santubong.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata festival tersebut merupakan antara acara kebudayaan paling ikonik di Sarawak yang menghimpunkan pemuzik dari seluruh dunia untuk berkongsi seni, budaya dan warisan melalui muzik.

Menurut beliau, sejak diperkenalkan pada 1998, festival berkenaan telah berkembang daripada sebuah inisiatif budaya berskala kecil kepada platform muzik dunia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“RWMF bukan sekadar festival muzik biasa, tetapi merupakan pertemuan pelbagai budaya dan tradisi seni dari seluruh dunia yang berkongsi cerita melalui irama, melodi dan warisan masing-masing,” katanya ketika majlis pelancaran festival tersebut di sini, hari ini.

Beliau berkata lokasi penganjuran di Kampung Budaya Sarawak menjadikan festival itu unik kerana ia menggabungkan unsur budaya, alam semula jadi dan warisan masyarakat Sarawak dalam satu pengalaman festival yang imersif.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan tiga artis utama yang bakal menghangatkan pentas RWMF tahun ini.

Festival akan dibuka pada 26 Jun dengan persembahan ikon muzik Asia Tenggara, Dato M. Nasir yang terkenal sebagai penyanyi, komposer dan penerbit dengan pengaruh lebih empat dekad dalam industri seni kreatif.

Pada 27 Jun pula, kumpulan legenda funk dan soul dari Amerika Syarikat, The Commodores yang menampilkan anggota pengasasnya Thomas McClary akan menghiburkan pengunjung dengan lagu klasik seperti Easy, Three Times a Lady dan Brick House.

SIMBOLIK… Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melakukan simbolik perasmian pada Majlis Perasmian Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) di Kuching, hari ini.Foto Norman B

Sementara itu, kumpulan terkenal dunia yang dipimpin Jean‑Paul ‘Bluey’ Maunick, iaitu Incognito akan menutup festival pada 28 Jun depan dengan persembahan berkonsepkan gabungan soul, funk dan irama dunia yang bertenaga.

Menurut Abdul Karim, lebih banyak artis antarabangsa dan serantau akan diumumkan dalam masa terdekat bagi melengkapkan barisan persembahan festival berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata jualan tiket untuk RWMF 2026 bermula hari ini melalui platform rasmi TicketMelon dengan beberapa fasa jualan.

Bagi fasa Tawaran Awal dari 13 hingga 31 Mac, tiket dewasa Pas Sehari ditawarkan pada harga RM235, manakala Pas Tiga Hari berharga RM635. Fasa Pra-Jualan pula berlangsung dari 1 April hingga 25 Jun, dengan harga RM283 bagi Pas Sehari dan RM765 untuk Pas Tiga Hari.

Sepanjang festival berlangsung dari 26 hingga 28 Jun, harga jualan di kaunter ialah RM333 bagi Pas Sehari dan RM835 bagi Pas Tiga Hari. Tiket kanak-kanak kekal pada harga RM80 bagi Pas Sehari manakala kanak-kanak di bawah umur tiga tahun diberikan kemasukan percuma.

Pengunjung juga boleh menggunakan kemudahan pembayaran ansuran melalui platform seperti Atome, Grab dan Shopee menerusi konsep ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL).

Beliau turut memaklumkan bahawa festival tersebut akan terus beralih ke arah persekitaran tanpa tunai dengan penggunaan e-dompet, kad debit dan kad kredit di seluruh kawasan festival.

Selain itu, RWMF turut memberi penekanan terhadap kelestarian alam sekitar termasuk usaha melaksanakan rangka kerja ISO 20121 Sistem Pengurusan Kelestarian Acara bagi memastikan pengurusan acara yang lebih mampan.

Melalui inisiatif seperti Green Ruai, ‘Green Warriors’ dan program penanaman pokok EcoGreen Planet, lebih 6,000 pokok telah ditanam sejak 2023 di kawasan pemuliharaan termasuk Santuari Hidupan Liar Samunsam, Rizab Alam Semula Jadi Bukit Lima dan Rizab Alam Semula Jadi Piasau.

Tahun ini, program tersebut menyasarkan penanaman sehingga 10,000 pokok lebih awal daripada sasaran asal pada 2027.

Menurut beliau lagi, festival itu bukan sahaja mempromosikan budaya tetapi turut memainkan peranan penting dalam merancakkan sektor pelancongan serta ekonomi kreatif Sarawak.

Oleh Norman B

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: 183 penggiat industri filem terima RM144,900 melalui ziarah MADANI@Finas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.