Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RUU perdagangan karbon ke Dewan Rakyat akhir tahun
  • TEMPATAN

RUU perdagangan karbon ke Dewan Rakyat akhir tahun

Utusan Sarawak 11 months ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. FotoHERRIEY NAHA

PETRA JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan dengan perdagangan karbon akan dibentangkan di Dewan Rakyat akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata Kabinet memutuskan untuk membentangkan RUU itu tahun ini susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Insya-Allah menjelang akhir tahun RUU (Rang Undang-undang) akan dibentangkan (di Dewan Rakyat),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan persidangan dan pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Kerajaan Persekutuan sedang giat merangka RUU baharu berkaitan perdagangan karbon agar selaras dengan RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 di Sarawak.

“RUU yang pertama ini akan merangkumi undang-undang dan peraturan malah termasuk skim cukai dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata wilayah Sarawak agak maju dari segi undang-undang yang mengawal selia mengenai perdagangan karbon yang telah diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

“Satu-satunya cabaran sekarang ialah di peringkat kebangsaan.

“Bagaimanapun, dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini, Perdana Menteri, telah mengarahkan saya meneliti perkara ini,” katanya.

Sarawak meluluskan RUU Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 pada sidang DUN November lalu, menjadikannya yang pertama di Malaysia berbuat demikian.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Kerajaan mahu hapus kuasa dijana arang batu
Next: Sarawak Metro tambah 55 lagi bas hidrogen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.