Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RUU Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 tekankan perlindungan data dan akses inklusif
  • TEMPATAN

RUU Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 tekankan perlindungan data dan akses inklusif

Utusan Sarawak 1 day ago
SENATOR Dato’ Ahmad Ibrahim berucap pada Perbahasan Rang Undang-Undang Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 di Dewan Negara hari ini.

KUALA LUMPUR: Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025 di Dewan Negara hari ini menonjolkan keperluan memastikan pemodenan sistem selari dengan perlindungan data peribadi, keterangkuman rakyat dan keberkesanan pelaksanaan.

Senator Dato’ Ahmad Ibrahim berkata kad pengenalan bukan sekadar plastik tetapi bukti kewarganegaraan, hak rakyat dan kunci kepada akses perkhidmatan awam.

Antara pindaan utama termasuk peluasan definisi data biometrik selaras teknologi semasa, kuasa lebih jelas kepada Menteri dan Ketua Pengarah JPN bagi kutipan data dan kompaun, serta penghapusan caj gambar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau menyokong pindaan itu namun menekankan beberapa isu utama, termasuk perlindungan data biometrik setara dengan Akta Perlindungan Data Peribadi, mekanisme semak imbang terhadap kuasa baharu JPN serta keperluan mempergiat Unit Pendaftaran Bergerak bagi membantu penduduk di pedalaman Sabah, Sarawak dan luar bandar Semenanjung mendapatkan dokumen sah.

Dalam perbahasan itu, Dato’ Ahmad turut mengusulkan integrasi MyKad 2.0 dengan Digital ID merangkumi maklumat kesihatan asas, vaksinasi dan kecemasan dengan pembahagian kuasa yang jelas antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan JPN.

Melihat unjuran Malaysia menjadi negara tua menjelang 2048, beliau mencadangkan sistem pilihan penjejak digital untuk warga emas dan golongan orang kurang Upaya (OKU) yang berisiko hilang akibat Alzheimer atau demensia, serta pembentangan laporan tahunan JPN ke Parlimen yang memaparkan statistik pendaftaran, kesalahan dikompaun dan status keselamatan data.

“Pindaan ini langkah ke hadapan tetapi jangan sekadar moden di atas kertas. Ia mesti selamat, inklusif dan praktikal dengan MyKad sebagai Digital ID generasi baharu yang menyelamatkan nyawa dalam kecemasan dan boleh diakses semua rakyat,” tegasnya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh tindakan iklim dengan projek alam dan kerjasama global
Next: AADK Sarawak terima kunjungan rasmi delegasi BKN Brunei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.