Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RUU kualiti alam sekitar 2026 beri Sabah, Sarawak kuasa autonomi urus buangan terjadual
  • NASIONAL

RUU kualiti alam sekitar 2026 beri Sabah, Sarawak kuasa autonomi urus buangan terjadual

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 akan membolehkan Sabah dan Sarawak diberi kuasa perundangan dalam pengurusan buangan terjadual, selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata pindaan kali kelapan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) itu memberi kuasa autonomi kepada kedua-dua negeri berkenaan dalam pelaksanaan peruntukan tertentu di bawah akta tersebut.

Beliau berkata pindaan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) pada 14 April 2022 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berkaitan pemberian kuasa pengurusan dan kawal selia sisa buangan terjadual di darat atau dalam perairan negeri berkenaan.

“Pindaan yang dicadangkan bukan sahaja bertujuan memperkukuh tadbir urus pengurusan pembuangan sisa terjadual, malah mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menunaikan obligasi serta memperkasakan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Hak dan kuasa autonomi yang diperuntukkan khas kepada Sabah dan Sarawak sentiasa dipelihara malah ditambah baik selaras dengan perkara yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia satu ketika dahulu… pindaan ini selari dengan semangat federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Arthur berkata sejak 2022, pelbagai gerak kerja telah dilaksanakan termasuk penganjuran sesi libat urus, bengkel dan mesyuarat dengan penyertaan aktif Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi memastikan pelaksanaan pemberian kuasa itu berjalan lancar dan mencapai matlamat ditetapkan.

RUU dibentangkan pada 11 Februari lepas, bertujuan meminda Seksyen 1 Akta 127 bagi memasukkan subseksyen (3) baharu untuk memberikan menteri kuasa menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan akta itu di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar setuju pertimbang pelepasan perolehan dana ATM – Mohamed Khaled
Next: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa sembilan negeri termasuk Limbang hingga 5.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.