Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusuhan kembali ‘hantui’ Hong Kong
  • GLOBAL

Rusuhan kembali ‘hantui’ Hong Kong

Utusan Sarawak 5 years ago
Pengamal media merakamkan gambar ketika operasi polis menyuraikan perusuh antikerajaan di sebuah pusat beli-belah di Sha Tin, Hong Kong, semalam. – FOTO AFP

HONG KONG: Hong Kong kembali berdepan rusuhan antikerajaan ketika wabak Covid-19 semakin pulih, menyebabkan polis terpaksa menggunakan penyembur lada untuk menyuraikan peserta terbabit di sebuah pusat beli-belah pada cuti umum Hari Pekerja, semalam.

Demonstrasi itu bagaimanapun gagal mencatat jumlah penyertaan besar yang diharapkan penganjur, dan pihak polis tidak berdepan sebarang masalah menyuraikan penunjuk perasaan berkenaan.

Namun, ia memberi petunjuk bahawa kemelut politik Hong Kong belum berakhir dan hanya ‘berehat’ seketika susulan pandemik Covid-19.

Peserta mula berhimpun di ruang atrium sebuah plaza di Sha Tin, kira-kira jam 7 petang semalam, sambil menyanyikan lagu rasmi gerakan antikerajaan dikenali sebagai ‘Glory to Hong Kong’.

Pada mulanya, polis sekadar mengarahkan peserta bersurai dan menutup lokasi kejadian, termasuk di tingkat atas plaza terbabit, sambil memberi amaran bahawa tindakan mereka itu melanggar larangan berhimpun yang dikuatkuasakan, baru-baru ini.

Perusuh kemudian melaungkan slogan antikerajaan dan terbabit dalam beberapa pergaduhan dengan polis, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menggunakan penyembur lada.

Pasukan polis di seluruh bandar ini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia setelah mesej menggesa orang ramai berhimpun di Mong Kok, Causeway Bay, Sai Ying Pun, Tai Po dan Kwun Tung, tular minggu ini.

Gesaan itu dibuat selepas polis menolak permohonan mengadakan perhimpunan Hari Pekerja, dengan memberikan risiko kesihatan sebagai faktor.

Sebagai alternatif, pembangkang daripada Persekutuan Kesatuan Pekerja merancang untuk menubuhkan 50 gerai jalanan bagi mempromosikan hak pekerja. – AFP

Continue Reading

Previous: FDA lulus penggunaan Remdesivir
Next: 245,576 kematian global terkini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.