Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
  • GLOBAL

Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR FAIL… Pelakon dan pelawak Britain, Russell Brand, meninggalkan Mahkamah Majistret Westminster di London pada 2 Mei 2025. Pelakon dan pelawak Russell Brand hadir di mahkamah United Kingdom pada 20 Januari 2026 bagi menghadapi dua pertuduhan baharu rogol dan serangan seksual. Dua pertuduhan baharu terhadap Brand, 50, telah difailkan pada Disember 2025 dan berkaitan dengan dua insiden yang didakwa melibatkan dua wanita berasingan di London pada 2009. Foto AFP

LONDON: Pelawak dan pelakon Russell Brand menghadiri perbicaraan di mahkamah United Kingdom (UK) menerusi pautan video dari Amerika Syarikat (AS) atas dua dakwaan kesalahan seksual termasuk rogol, lapor PA Media/dpa.

Brand sebelum ini menafikan dua pertuduhan rogol, satu pertuduhan serangan tidak senonoh dan dua pertuduhan serangan seksual yang didakwa dilakukan antara 1999 dan 2005, melibatkan empat wanita.

Pada Selasa, pelakon berusia 50 tahun itu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Westminster di sini secara dalam talian atas satu pertuduhan rogol dan satu pertuduhan serangan seksual, yang didakwa dilakukan pada 2009.

Mengenakan kemeja denim yang tidak dibutang penuh, Brand hanya bercakap untuk mengesahkan nama dan tarikh lahirnya dalam perbicaraan yang berlangsung selama enam minit itu.

Dia dibenarkan ikat jamin untuk hadir di Mahkamah Southwark Crown di sini pada 17 Februari. 

Dua kesalahan terbaharu itu didakwa berlaku di London, menurut dokumen mahkamah.

Satu perbicaraan dijadualkan bermula di Mahkamah Southwark Crown tahun ini berhubung lima pertuduhan asal.

Brand yang berasal dari Oxfordshire dituduh merogol seorang wanita dalam sebuah bilik hotel ketika mangsa menghadiri persidangan Parti Buruh UK di Bournemouth, dan melakukan perbuatan tidak senonoh berunsur seksual  ke atas seorang pekerja televisyen selepas mengheretnya ke dalam tandas lelaki, mahkamah diberitahu pada Mei tahun lepas.

Dia turut didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas seorang pekerja stesen radio serta menyerang seorang wanita selepas memegang lengannya dan cuba mengheretnya ke tandas lelaki.

Brand dituduh susulan siasatan oleh Channel 4 Television UK dan akhbar The Sunday Times iaitu beberapa wanita mengemukakan dakwaan terhadapnya. – Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Netflix capai 325 juta pelanggan berbayar
Next: Penembak bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dihukum penjara seumur hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.