Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rusia sekat panggilan WhatsApp dan Telegram
  • GLOBAL

Rusia sekat panggilan WhatsApp dan Telegram

Utusan Sarawak 16 hours ago

MOSCOW: Rusia semalam mengumumkan sekatan terhadap panggilan melalui aplikasi pemesejan WhatsApp dan Telegram, dengan menyatakan bahawa langkah itu perlu untuk memerangi jenayah, lapor media kerajaan.

“Bagi memerangi kegiatan jenayah, langkah diambil untuk menghadkan sebahagian panggilan melalui aplikasi pemesejan asing ini (WhatsApp dan Telegram),” kata pengawal selia komunikasi Roskomnadzor, seperti yang dipetik oleh agensi berita RIA dan TASS.

Aplikasi pemesejan ini telah menjadi “perkhidmatan suara utama yang digunakan untuk penipuan dan pemerasan, serta bagi merekrut warganegara Rusia ke dalam kegiatan subversif dan pengganas,” tambah pihak pengawal selia tersebut.

Perkhidmatan keselamatan Rusia sering mendakwa bahawa Ukraine menggunakan Telegram untuk merekrut individu atau menjalankan tindakan sabotaj di Rusia.

Moscow mahu aplikasi tersebut memberikan akses kepada data apabila diminta oleh pihak berkuasa, bukan sahaja bagi siasatan penipuan, tetapi juga untuk menyiasat aktiviti yang digambarkan oleh Rusia sebagai berkaitan keganasan.

“Akses kepada panggilan dalam aplikasi pemesejan asing akan dipulihkan selepas mereka mula mematuhi undang-undang Rusia,” kata Kementerian Digital Rusia.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, Telegram menyatakan bahawa pihaknya “secara aktif membanteras penyalahgunaan platformnya, termasuk seruan kepada sabotaj atau keganasan, serta penipuan” dan turut memadamkan “jutaan kandungan berbahaya setiap hari.”

Sejak melancarkan serangan ke atas Ukraine, Rusia telah mengenakan sekatan ketat terhadap kebebasan media dan kebebasan bersuara dalam talian.

“WhatsApp ialah aplikasi peribadi dengan penyulitan hujung-ke-hujung, dan menolak cubaan kerajaan untuk mencabuli hak orang ramai terhadap komunikasi yang selamat, sebab itulah Rusia cuba menyekat akses kepada lebih 100 juta rakyatnya,” kata jurucakap WhatsApp yang dimiliki oleh Meta kepada AFP.

Lebih 100 juta orang di Rusia menggunakan WhatsApp untuk menghantar mesej dan membuat panggilan, dan menurut jurucakap itu, platform tersebut bimbang bahawa tindakan ini adalah usaha untuk mengalihkan pengguna kepada platform yang lebih mudah dipantau oleh kerajaan. – AFP

Continue Reading

Previous: Taufan Podul melanda Taiwan
Next: Lithuania isytihar darurat akibat hujan lebat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.