Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Rupiah Indonesia jatuh ke paras terendah berbanding dolar AS
  • BISNES

Rupiah Indonesia jatuh ke paras terendah berbanding dolar AS

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

JAKARTA: Mata wang rupiah Indonesia mencatatkan paras paling lemah dalam sejarah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila melepasi paras psikologi 18,000, susulan kebimbangan terhadap ekonomi negara itu di tengah-tengah kenaikan mendadak kos tenaga.

Rupiah susut kepada 18,028 berbanding dolar AS meskipun bank pusat Indonesia baru-baru ini mengambil beberapa langkah bagi menyokong mata wang berkenaan.

Menurut Bloomberg News, rupiah telah merosot lebih tujuh peratus sepanjang tahun ini dan merupakan mata wang yang mencatatkan prestasi paling lemah di Asia ketika perang AS-Israel terhadap Iran menyebabkan harga minyak global melonjak.

Ketua Ahli Ekonomi Permata Bank, Josua Pardede, berkata kadar pertukaran 18,000 merupakan “paras psikologi” yang penting bagi pelabur pasaran.

Beliau berkata kepada AFP bahawa kelemahan rupiah didorong oleh permintaan tinggi terhadap dolar AS akibat lonjakan harga minyak serta penyusutan lebihan dagangan negara.

Indonesia merupakan pengimport bersih minyak dan antara negara yang paling terkesan oleh kenaikan harga minyak mentah, walaupun kerajaan menegaskan bahawa harga bahan api bersubsidi akan dikekalkan.

Menurut Josua, lebihan dagangan Indonesia merosot dengan ketara kepada hanya AS$89 juta pada April berbanding AS$3.3 bilion pada bulan sebelumnya, sekali gus mengurangkan bekalan dolar AS dalam pasaran tempatan.

“Bekalan dolar AS daripada perdagangan barangan semakin berkurangan, manakala keperluan terhadap dolar AS bagi import tenaga, bahan mentah, pembayaran dividen, pembayaran hutang luar negara serta keperluan bermusim masih tinggi,” katanya.

“Justeru, kenaikan kadar faedah oleh Bank Indonesia (BI) serta campur tangan dalam pasaran masih belum mencukupi untuk membendung penyusutan nilai rupiah.”

Bank Indonesia bulan lalu menaikkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 5.25 peratus, iaitu kenaikan pertama dalam tempoh dua tahun, bagi menstabilkan nilai rupiah dan mengawal inflasi.

Jurucakap Bank Indonesia, Ramdan Denny Prakoso, berkata pada Rabu bahawa pihaknya terus menggunakan “semua instrumen dasar yang tersedia” bagi memastikan kecairan pertukaran asing kekal mencukupi.

Bank Indonesia turut mengetatkan peraturan pembelian dolar AS. Sejak Mei, pembeli yang ingin memperoleh lebih daripada AS$25,000 dalam tempoh sebulan perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan keperluan mereka terhadap mata wang tersebut.

Had itu sebelum ini telah diturunkan daripada AS$100,000 kepada AS$50,000 pada April lalu. — AFP

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Airasia X nafi laporan Airasia Filipina digantung, operasi berjalan seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.