

SELANGAU: Kejadian tanah susur telah dilaporkan berlaku di Jalan Ulu Mukah, di sini hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau, Lt. (PA) Luke Douglas Dongum berkata, bertindak atas maklumat awam, pada 9.20 pagi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangau dengan kekuatan seorang pegawai dan empat anggota bergerak ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, mendapati berlaku runtuhan tanah di jalan menuju ke kawasan Ulu Mukah dan terdapat beberapa jalan yang rendah dinaiki air,” katanya.
Beliau berkata, untuk penilaian secara terperinci memerlukan kepakaran daripada pihak yang berkaitan.
“Keadaan di lokasi masih terkawal,” jelasnya.
Oleh Akun Giman