Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Runtuhan besar glasier timbus penempatan penduduk di Banjaran Alps
  • GLOBAL

Runtuhan besar glasier timbus penempatan penduduk di Banjaran Alps

Utusan Sarawak 5 days ago

Tangkap layar daripada video menunjukkan insiden berkenaan.

GENEVA: Sebahagian besar penempatan Blatten di Banjaran Alps, Switzerland musnah dalam kejadian runtuhan glasier semalam, menyebabkan seorang lelaki dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa.

Penempatan di terletak di lembah Lotschental itu menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 300 orang. 

Mereka dipindahkan lebih awal minggu lalu susulan ancaman bencana berkenaan. 

Runtuhan besar dari Glasier Birch di selatan wilayah Wallis itu pada 3.30 petang.

Pihak berkuasa memaklumkan, lelaki berusia 64 tahun yang hilang itu bukan dalam kalangan penduduk yang sudah dipindahkan.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian runtuhan glasier itu sebenarnya sudah dijangka sejak beberapa hari lalu.

Rakaman video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan awan debu besar bersama bongkah ais dan batu jatuh dari cerun gunung menuju ke penempatan di kawasan lembah itu.

Lumpur dan runtuhan batu itu kemudian menghentam serta merosakkan rumah-rumah di situ.

Ketua Perkhidmatan Bahaya Alam Semula Jadi wilayah Wallis, Raphael Mayoraz berkata, kira-kira tiga juta meter padu bahan terkumpul di atas glasier sebelum ia runtuh.

Polis Wallis memaklumkan lelaki yang hilang itu ialah penduduk tempatan yang dipercayai berada di kawasan itu semasa kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat segera dilancarkan, membabitkan tiga pakar penyelamat yang dihantar menggunakan helikopter. 

Sebuah dron yang dilengkapi kamera haba turut digunakan dalam operasi berkenaan. – AFP

Continue Reading

Previous: Pesawat Jeju Air terkeluar dari landasan di Vietnam
Next: Beza pendapat, Elon Musk tinggalkan pentadbiran Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.