Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RUNDINGAN MA63 DITERUSKAN
  • TEMPATAN

RUNDINGAN MA63 DITERUSKAN

Utusan Sarawak 4 years ago
TETAMU KEHORMAT… Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib disambut oleh Menteri penyelaras Hari Malaysia Datuk Lee Kim Shin pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 Peringkat Negeri Sarawak, semalam.• Foto JABATAN PENERANGAN NEGERI SARAWAK

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan perkara-perkara yang tidak dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa berucap dalam majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 peringkat Sarawak semalam.

Rundingan yang sudah dimulakan sejak 2015 lagi akan diteruskan seperti yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Transformasi Kestabilan Politik (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dengan pihak pembangkang pada 13 September yang lepas, yang diharapkan dapat membawa kepada hasil menang-menang kepada pihak Sarawak dan Persekutuan, tambahnya.

“Setakat ini, cukup banyak kejayaan telah tercapai dalam usaha mengembalikan kuasa-kuasa Sarawak yang terhakis sejak beberapa tahun kebelakangan dalam perkara-perkara tertentu termasuklah memberi kuasa Pegawai Perundangan Negeri seperti yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah Kanun Prosedur Jenayah bagi kesalahan-kesalahan di bawah ordinan negeri dari peringkat seseorang didakwa dalam mahkamah rendah sehingga ke peringkat rayuan,” jelasnya.

Selain itu, 100 jawatan baharu dalam Jabatan Imigresen Sarawak bagi tujuan mempertingkatkan prestasi fungsi-fungsi penguatkuasaannya telah terlaksana.

Ketua Menteri menambah, untuk memastikan pencapaian sasaran bagi meningkatkan nisbah 90 peratus guru-guru kelahiran Sarawak mengajar di Sarawak, guru-guru sementara dari pasaran terbuka akan dipertimbangkan dari masa ke semasa.

Oleh JEAKQLEYN YACHO & RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: Kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia
Next: Pemvaksinan remaja memuaskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.