Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Rumah tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA Bomba bertindak memadam kebakaran sebuah rumah tidak kekal di Kampung Gita Lama, Jalan Pinang Jawa. Foto Bomba

PETRA JAYA: Sebuah rumah tidak kekal berkeluasan 20 x 40 kaki musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Gita Lama, Jalan Pinang Jawa di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.09 tengah hari sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi dengan bantuan BBP Padungan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus. 

“Pasukan operasi memadam api menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan serta pam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Operasi diketuai PBK II TBK I Jaafar Daud dan ditamatkan selepas api berjaya dikawal sepenuhnya.

Oleh Amanda L.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lori tangki terbakar 40 peratus di Tanjung Manis
Next: Kilang Press Metal Samalaju dilanda kebakaran, tiada mangsa cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.