Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Jalan Pulau Melayu 1
  • KEBAKARAN

Rumah kayu musnah dalam kebakaran di Jalan Pulau Melayu 1

Utusan Sarawak 17 hours ago

MUSNAH…Pasukan bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Pulau Melayu 1 di Miri semalam.

MIRI: Sebuah rumah kayu di Jalan Pulau Melayu 1 di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lutong Henry Jugah berkata, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan 11.47 malam.

“Sebaik tiba, kami dapati struktur rumah kayu berukuran kira-kira 25×20 kaki sudah terbakar 100 peratus.

“Pasukan kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dan dua nozel dengan sumber air daripada pili bomba berhampiran,” katanya.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 12.30 tengah malam dan operasi tamat sejam kemudian.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bantuan segera disalurkan kepada mangsa kebakaran Rumah James Kalip
Next: Tragedi kebakaran di Long Loyang: Lelaki 30 tahun rentung, seorang lagi cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.