Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah teres musnah 70 peratus dalam kebakaran di Kidurong Hill
  • KEBAKARAN

Rumah teres musnah 70 peratus dalam kebakaran di Kidurong Hill

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA BBP Kidurong menjalankan operasi pemadaman dan pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan semula.

BINTULU: Sebuah rumah teres di Kidurong Hill di sini musnah sekitar 70 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.55 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dengan anggaran kemusnahan hampir 70 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Anggota bomba kemudian menggunakan satu aliran hos sepanjang 200 kaki serta satu aliran hos gelendong dengan dua pancutan nozel daripada pam jentera, dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada 4.33 pagi sebelum anggota menjalankan kerja-kerja pemadaman susulan bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan semula.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.13 pagi selepas keadaan disahkan benar-benar selamat.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Kereta terbakar di Desa Senadin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.