Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah terbuka Wan Hamid eratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah terbuka Wan Hamid eratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sibu

Utusan Sarawak 8 hours ago
ERATKAN PERPADUAN.….(dari enam kiri) Lau, Wan Hamid, Tai dan rombongan Persatuan Ketua Kaum Maysrakat Cina Bahagian Sibu merakam kenangan pada kunjungan Raya.

SIBU: Majlis rumah terbuka Hari Raya anjuran pemimpin masyarakat Melayu Melanau, Temenggung Dato Sri Wan Hamid Edruce berlangsung meriah di Jalan Jasmin, hari ini, dengan kehadiran orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) yang diketuai presidennya Datuk Lau Cheng Kiong dan Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu yang diketuai presidennya Ngieng Hock Teck.

Dalam itu, anak Wan Hamid yang juga ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Syed Hamzah Wan Hamid Edruce melahirkan rasa gembira dengan sambutan menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir.

KUNJUNGAN…Cheng (enam kiri) mengetuai Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) mengunjungi rumah terbuka Wan Hamid (tujuh kiri).

Katanya, amalan kunjung-mengunjung sempena rumah terbuka seperti ini mampu mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sibu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Sibu serta masyarakat pelbagai kaum.

SAMBUTAN MENGGALAKKAN.….Kaunselor Syed Hamzah melahirkan rasa gembira dengan sambutan menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir.

“Terima kasih juga kepada semua yang hadir, khususnya Temenggung Lau dan Pemanca Datuk Jason Tai serta masyarakat Cina yang berkunjung pada hari ini,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, orang ramai tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar bersama Wan Hamid sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Persatuan Ketua Kaum Masyarakat Cina Bahagian Sibu yang diketuai pengerusinya, Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sundar Surip berjaya merangkul Piala Pusingan Pertandingan Lampu Raya sempena sambutan Aidilfiri
Next: Ahli Parlimen Lawas berhari raya bersama keluarga dan kenalan di Trusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.