Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Terbuka TBC ADUN Tanjong Batu, SUPP Cawangan Bintulu 15 Februari ini
  • Utara
  • WILAYAH

Rumah Terbuka TBC ADUN Tanjong Batu, SUPP Cawangan Bintulu 15 Februari ini

Utusan Sarawak 4 months ago
KENANGAN… Johnny Pang (duduk tengah) bergambar bersama jawatankuasa penganjur majlis Rumah Terbuka TBC ADUN Tanjong Batu dan SUPP Cawangan Bintulu.

BINTULU: Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu, akan berlangsung pada 15 Februari di Restoran Dinner World Bintulu.

Majlis tersebut bakal dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang. 

Turut dijangka hadir ialah Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden SUPP, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Menurut Johnny Pang, majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan komuniti pelbagai kaum dan menyemarakkan perpaduan rakyat Sarawak melalui sambutan perayaan.

“Perayaan TBC bukan sahaja penting bagi masyarakat Cina, malah ia mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak,” katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu di sini, baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, Sarawak menjadi contoh perpaduan, yang mana rakyat pelbagai kaum saling hormat menghormati dan sama-sama meraikan perayaan.

Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk persembahan kebudayaan, tarian tradisional dan moden, tarian singa dan naga, serta nyanyian lagu-lagu perayaan. Orang ramai khususnya warga Bintulu dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pindahkan sekolah kerap banjir ke lokasi lebih tinggi 
Next: Banjir tunjuk penurunan, situasi masih berisiko

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.