Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Miri, gabung suasana berbuka puasa 21 Februari ini
  • TEMPATAN

Rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Miri, gabung suasana berbuka puasa 21 Februari ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Sebastian Ting Chiew Yew.

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Sebastian Ting Chiew Yew, akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) pada 21 Februari di Dewan Suarah Miri, dari 5.00 petang hingga 9.00 malam.

Sebastian Ting  berkata, penganjuran kali ini amat bermakna kerana ia merupakan kali pertama rumah terbuka tersebut diadakan pada hari kelima TBC selain digabungkan dengan suasana berbuka puasa sempena Ramadan.

Menurutnya, pada tahun-tahun sebelum ini majlis rumah terbuka lazimnya diadakan pada hari kedua perayaan, namun tahun ini tarikh dipilih bagi memberi peluang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk bersama-sama menikmati suasana perayaan dan berbuka puasa dalam satu majlis yang sama.

“Ini kali pertama kita adakan rumah terbuka pada hari kelima Tahun Baharu Cina dan dalam masa yang sama menghimpunkan komuniti Muslim untuk berbuka puasa bersama.

“Ia melambangkan perpaduan serta keharmonian antara agama dan budaya yang menjadi kekuatan masyarakat Sarawak,” katanya.

Sebastian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau menegaskan bahawa sambutan TBC bukan sekadar perayaan masyarakat Cina, sebaliknya platform penting untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan memperkukuh perpaduan.

Beliau berkata, penyertaan pelbagai kaum setiap tahun membuktikan semangat muhibah yang kukuh dalam kalangan rakyat negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berharap Tahun Kuda membawa lebih banyak kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat, selain peningkatan taraf hidup serta pembangunan negeri yang lebih baik berbanding tahun lalu.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut yang dijangka berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan kemesraan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek jalan penghubung bakal mudahkan akses penduduk seberang Bintangor ke Sibu
Next: Sekitar suasana menjelang Tahun Baharu Cina di bandar Riyal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.