
KUCHING: Pengerusi Amanah Saham Sarawak (ASSAR), Dato Sri Wahab Dolah hari ini menerima kunjungan pihak pengurusan Ta Ann Holdings Bhd sempena rumah terbuka Hari Raya di kediamannya di Jalan Rodway di sini.
Ketibaan mereka disambut oleh Dato Sri Wahab dan isteri, Datin Sri Raesah Adai.

Kunjungan pihak pengurusan Ta Ann diketuai Pengarah Urusan Kumpulannya, Dato KH Wong bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Simon Wong selain Marianne Chieng, Nelson Bijack serta Setiausaha Syarikat, Wong.
Dato Sri Wahab adalah juga Pengerusi Warta Niaga Sdn Bhd iaitu penerbit Utusan Sarawak dan bekas Ahli Parlimen Igan.