Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Sulutan Bakong dilanda banjir, 130 penduduk terjejas
  • Utara
  • WILAYAH

Rumah Sulutan Bakong dilanda banjir, 130 penduduk terjejas

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAWASAN Rh Sulutan Sungai Seputi Bok dilanda banjir dengan paras air dua setengah kaki. Foto APM Beluru

BELURU: Rumah Sulutan Sungai Seputi Bok, Bakong dilanda banjir dengan paras air mencecah dua kaki setengah.

Menurut Tuai Rumah Sulutan Anai, seramai 130 penduduk daripada 18 pintu terjejas, manakala keadaan banjir masih berlarutan sehingga hari keempat.

Katanya, hujan lebat sejak beberapa hari lalu serta limpahan air dari hulu Sungai Bok menjadi punca banjir, dengan paras air terus menunjukkan peningkatan dan jalan alternatif tidak dapat dilalui kenderaan kecil kerana masih dinaiki air.

Sementara itu, kawasan Rh Labang Jamu, Nangn Seri dan Bakong turut dinaiki air sedalam 0.5 kaki.

Menurut laporan, Rumah Labang dihuni 207 penduduk daripada 21 pintu. Paras air masih mencatatkan peningkatan, manakala laluan alternatif tidak dapat dilalui kenderaan berikutan turut dinaiki air.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba bertindak pantas alih pokok tumbang di Sungai Sibau
Next: Perarakan Niti Daun menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.