Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Suda Asoon nikmati kemudahan parkir baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah Suda Asoon nikmati kemudahan parkir baharu

Utusan Sarawak 3 days ago
LAWATAN….Wong Soon Mee (kiri) selaku wakil Datoʼ Sri Huang Tiong Sii melawat ke projek tempat letak kenderaan di Rumah Suda Asson. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

BINTANGOR: Penduduk Rumah Suda Asoon, Sungai Lelabi kini menikmati kemudahan baharu hasil pelaksanaan projek tempat letak kenderaan di bawah Program Mesra Rakyat (PMR) 2025.

Projek yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Sarikei, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii dan dilaksanakan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Sarikei ini telah menyediakan kawasan parkir yang lebih luas, rata dan tersusun, sekali gus meningkatkan keselesaan serta keselamatan penduduk tempatan dalam urusan meletakkan kenderaan.

“Sebelum ini, kekangan ruang menyebabkan penduduk dan pelawat terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan, menimbulkan kesesakan serta risiko keselamatan.

“Kini, dengan adanya kawasan parkir yang rata dan luas, penduduk bukan sahaja dapat memanfaatkannya untuk meletakkan kenderaan.

“Malah boleh menggunakannya bagi pelbagai aktiviti harian seperti menjemur hasil tanaman dan kegunaan lain,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kemudahan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan keperluan asas masyarakat luar bandar terus diberi perhatian melalui pelaksanaan projek yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Setiap projek di bawah PMR 2025 bertujuan menambah baik kemudahan asas di luar bandar agar kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara dan keperluan komuniti dipenuhi,” katanya.

Baru-baru ini, hadir bagi mewakili Tiong Sii untuk menyaksikan penyerahan siap kerja PMR 2025 ialah Wong Soon Mee.

Rumah Suda Asoon mempunyai 14 pintu rumah panjang dan merupakan antara penerima manfaat PMR 2025 yang memberi tumpuan kepada peningkatan infrastruktur asas seperti jalan, sistem saliran dan kemudahan awam.

Turut hadir, Penolong Jurutera JPS Bahagian Sarikei, Nash Tasha dan Tuai Rumah Suda Asoon.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: SSB Sibu raikan legasi perjuangan orang buta
Next: Awangku Hafizi kekal terajui TBBC Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.