Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah struktur tidak kekal di Kampung Bako Hulu musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Rumah struktur tidak kekal di Kampung Bako Hulu musnah terbakar

Utusan Sarawak 1 week ago
TERBAKAR… Sebuah rumah tidak kekal di Kampung Bako Hulu musnah dalam kebakaran petang ini namun tindakan pantas bomba berjaya menghalang api daripada merebak ke empat rumah bersebelahan. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Sebuah rumah musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Bako Hulu di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.59 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya bersama bantuan BBP Petra Jaya digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada 7.26 malam, pasukan operasi mendapati sebuah rumah struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus dengan keluasan sekitar 50 x 30 kaki persegi. Komander operasi kemudian bertindak melakukan pemadaman serta mengawal api,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan empat buah rumah bersebelahan daripada turut terbakar.

Operasi kawalan api selesai pada 7.50 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya sekitar 9.00 malam.

Ketua BBP Tabuan Jaya, TPgB II Mohamad Meramit turut hadir menyelia operasi yang membabitkan seramai 19 anggota dengan kekuatan dua jentera FRT dan dua kenderaan pacuan empat roda Hilux.

Kebakaran itu membabitkan rumah milik Julaihi Bujang, 56, bersama dua penghuni lain namun kesemua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Orang awam padam kebakaran jerangan masakan di Sibu
Next: Rumah disambar petir, api padam sendiri sebelum bomba tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.