Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah separuh kekal musnah terbakar di Matang
  • KEBAKARAN

Rumah separuh kekal musnah terbakar di Matang

Utusan Sarawak 8 hours ago

ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran di Jalan Tunku Yasin 2, Batu 10, Matang malam tadi. Foto Bomba

PETRA JAYA: Sebuah rumah separuh kekal musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Tunku Yasin 2, Batu 10, Matang malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.08 malam sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan anggaran 20×60 kaki persegi yang terbakar 100 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi pemadaman diketuai PBK II (TBK I) Awang Ismail Awang Masri dengan kekuatan 16 anggota menggunakan dua aliran gelendong hos berpunca daripada pili bomba.

Pasukan dari BBP Batu Lintang turut membantu dengan melaksanakan pam ulang alik bagi membekalkan sumber air kepada jentera BBP Petra Jaya yang berada di lokasi.

Penghuni rumah dikenal pasti sebagai Azhar Jenal, 60, dan berada dalam keadaan selamat.

Operasi tamat sepenuhnya pada 10.38 malam. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Agensi lain yang turut terlibat ialah Sarawak Energy Berhad (SEB).

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 40 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah panjang terbakar di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.