Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rumah Putih: Tarif tambahan 104 peratus ke atas China
  • GLOBAL

Rumah Putih: Tarif tambahan 104 peratus ke atas China

Utusan Sarawak 1 month ago
TAKLIMAT AKHBAR… Setiausaha akhbar White House Karoline Leavitt bercakap semasa taklimat akhbar harian di Bilik Taklimat Akhbar Brady di White House pada 8 April 2025 di Washington, DC. Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China bermula Rabu, menurut Rumah Putih.

Jurucakapnya, Karoline Leavitt berkata pada sidang media pada Selasa bahawa tarif itu akan berkuat kuasa tengah malam ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Akan ada tarif sebanyak 104 peratus yang akan berkuat kuasa ke atas China tengah malam ini,” katanya.

Leavitt berkata Presiden Donald Trump percaya China “perlu mencapai perjanjian” dengan AS dan menyifatkan tindakan balas Beijing sebagai “satu kesilapan.”

Menurut Leavitt, hampir 70 negara telah menghubungi pentadbiran Trump untuk memulakan rundingan susulan pengumuman presiden itu minggu lalu.

Trump sebelum ini mengumumkan tarif minimum sebanyak 10 peratus ke atas semua import dan berjanji mengenakan tarif timbal balik yang lebih tinggi ke atas rakan dagang utama AS, termasuk China dan Kesatuan Eropah (EU).

Terdahulu pada Selasa, Trump bertemu pasukan perdagangannya dan mengarahkan mereka merundingkan perjanjian perdagangan yang “disesuaikan” dengan setiap negara yang berunding dengan pentadbirannya.

Ketika ditanya sama ada presiden mungkin menangguhkan pelaksanaan tarif baharu itu, Leavitt berkata Trump telah menjelaskan bahawa beliau tidak mempertimbangkan sebarang lanjutan atau penangguhan.

“Seperti yang dinyatakan oleh presiden, tarif timbal balik ini, yang akan terus berkuat kuasa sementara perjanjian ini dirundingkan dan dilaksanakan, akan menjana pendapatan berjumlah trilion dolar untuk AS,” katanya. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lima rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Tokyo
Next: Trump umum penangguhan tarif selama 90 hari kepada 75 negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.