Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rumah percutian, hutan musnah dalam kebakaran dekat Athens
  • GLOBAL

Rumah percutian, hutan musnah dalam kebakaran dekat Athens

Utusan Sarawak 1 day ago
SEBUAH helikopter pemadam kebakaran Sikorsky S-64 Skycrane menjatuhkan air ke atas kebakaran hutan berhampiran Thymari, di tenggara Athens, pada 26 Jun 2025. Foto AFP

ATHENS: Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berlaku di tenggara Athens pada Khamis, memusnahkan rumah percutian dan kawasan hutan ketika asap tebal menyelubungi ruang udara, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Punca kebakaran itu masih belum diketahui, namun pihak berkuasa berkata suhu tinggi dan angin kencang menyebabkan ia merebak dengan cepat.

SEORANG penduduk dilihat memerhati sebuah helikopter Sikorsky S-64 Skycrane menjatuhkan air ke atas kebakaran hutan berhampiran Thymari, di tenggara Athens, pada 26 Jun 2025. Foto AFP

Stesen televisyen Greece ERTnews melaporkan beberapa rumah percutian telah musnah dan kawasan belukar serta hutan yang luas sedang terbakar.

Agensi perlindungan awam telah mengeluarkan amaran kecemasan menggesa penduduk supaya segera meninggalkan kawasan pantai yang terjejas berhampiran bandar Palaia Fokaia, kira-kira 60 kilometer dari Athens.

GAMBAR ini menunjukkan sebuah rumah yang hangus terbakar selepas kejadian kebakaran hutan di Thymari, tenggara Athens, pada 26 Jun 2025. Foto AFP

Polis menyelamatkan 11 pelancong dari sebuah rumah percutian di zon bahaya, menurut laporan radio tempatan. Perkhidmatan bomba berkata kompleks hotel tidak berada dalam ancaman segera.

Jurucakap bomba mengesahkan 12 helikopter, 12 pesawat pemadam kebakaran, 80 jentera bomba dan ramai sukarelawan telah dikerahkan untuk memadam kebakaran.

Suhu di beberapa bahagian Greece mencecah sekitar 40 darjah Celsius dengan angin kencang. Pihak berkuasa perlindungan awam memberi amaran bahawa gabungan cuaca panas melampau, keadaan kering dan angin kuat boleh menyebabkan kebakaran kecil bertukar menjadi kebakaran besar dalam beberapa minit. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angkasawan pertama India, Hungary dan Poland tiba di ISS
Next: Salji selimuti gurun paling kering di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.