Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah pekerja ladang sawit musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Rumah pekerja ladang sawit musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 16 hours ago

KEBAKARAN rumah pekerja ladang sawit musnah dalam kebakaran di Ladang Sawit WTK, Jalan Tanjung Asam, di sini pagi tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

BETONG: Sebuah blok rumah pekerja ladang sawit musnah dalam kebakaran di Ladang Sawit WTK, Jalan Tanjung Asam, di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah menerima panggilan kecemasan sekitar 8.58 pagi berhubung kejadian tersebut.

Sejurus menerima panggilan, tujuh anggota penyelamat diketuai oleh Komander Operasi Kanan, Muhammad Badrulamin Mohamad Fodzi digerakkan ke lokasi kejadian.

KEBAKARAN rumah pekerja ladang sawit musnah dalam kebakaran di Ladang Sawit WTK, Jalan Tanjung Asam, di sini pagi tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak

“Setibanya di lokasi kejadian, di dapati kebakaran melibatkan rumah pekerja jenis tidak kekal empat pintu yang terbakar 100 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan satu aliran hos sepanjang 300 kaki dengan dua nozel.

“Manakala sumber air diperoleh menggunakan pam angkut air di pam dari saluran longkang kelapa sawit di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

PGO berkata kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan semua penghuni dalam keadaan selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera, empat rumah musnah dalam kebakaran di Tatau
Next: Tiga rumah terbakar di Kampung Igan, punca masih disiasat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.