Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rumah panjang warisan berharga, perlu diteroka sebagai inap desa
  • SEMASA

Rumah panjang warisan berharga, perlu diteroka sebagai inap desa

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO’ Sri Tiong King Sing bersalaman dengan penghuni rumah panjang semasa lawatan Gawai Dayak di Rumah Raymond Plen.

BINTULU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya komited mempromosikan rumah panjang sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti dalam usaha melestarikan budaya tempatan dan merancakkan ekonomi luar bandar.

Menterinya, Dato’ Sri Tiong King Sing, berkata rumah panjang tradisional yang masih terpelihara dengan baik mempunyai potensi besar untuk menarik pelancong yang ingin merasai pengalaman budaya secara langsung.

“Rumah Raymond, sebagai contoh, masih mengekalkan seni bina tradisional yang indah dan sarat dengan nilai sejarah.

“Rumah seperti ini sangat jarang ditemui di Bintulu dan amat berharga,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat Rumah Raymond Plen dan Rumah Saging sempena sambutan Gawai Dayak baru-baru ini.

Menurut Tiong, kementerian akan terus mempergiatkan promosi pelancongan budaya agar masyarakat luar dapat memahami serta menghargai keunikan komuniti pribumi di Sarawak.

“Masih ramai pelancong luar yang tidak memahami budaya masyarakat kita, malah ada yang menyangka komuniti pribumi masih tinggal di dalam hutan.

“Kita perlu mengubah persepsi ini dengan mengetengahkan budaya kita yang kaya, tersusun dan beridentiti,” ujarnya.

Tambah Tiong, selain menikmati sajian tradisional seperti Ayam Pansoh, pelancong juga berpeluang menyaksikan sendiri pelbagai tradisi dan upacara unik seperti Gawai Antu, yang jarang didedahkan kepada umum dan mempunyai nilai budaya yang tinggi.

Tiong turut memaklumkan bahawa komuniti rumah panjang menunjukkan minat terhadap pembangunan inap desa, dan kementeriannya akan menyokong penuh inisiatif ini.

“Kami akan membantu sedaya upaya untuk menjadikan rumah panjang sebagai produk inap desa yang mampan tanpa menjejaskan nilai tradisi.

“Inilah cara kita membangunkan budaya dan ekonomi secara serentak,” katanya.

Tiong turut menggesa mana-mana rumah panjang yang berminat agar berhubung dengan beliau atau pejabat pelancongan tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk bantuan teknikal dan sokongan promosi.

“Kita komited untuk membantu. Jika ada sebarang perancangan pembangunan atau naik taraf, jangan segan untuk hubungi pasukan kami,” katanya.

Ahli Parlimen Bintulu itu menegaskan bahawa semangat kebersamaan dan sokongan antara komuniti merupakan asas utama kejayaan bersama dalam menjayakan pelancongan budaya di Sarawak.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospis Malaysia
Next: Strategi visa ketat Arab Saudi berkesan, pergerakan jemaah lebih teratur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.