Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah panjang terbakar: Mugang nekad redah api selamatkan dokumen
  • Utara
  • WILAYAH

Rumah panjang terbakar: Mugang nekad redah api selamatkan dokumen

Utusan Sarawak 5 hours ago
CEDERA RINGAN… Mugang Jawi merupakan salah seorang mangsa dalam kejadian kebakaran Rumah Panjang Tuai Rumah Nelson Ningkan yang berlaku tengah malam tadi.

NIAH: Seorang mangsa melecur di bahu kiri akibat sanggup meredah bahaya masuk semula ke dalam rumah ketika api sedang marak demi menyelamatkan pelbagai dokumen penting.

Mangsa, Mugang Jawi yang mendiami bilik nombor 11, ketika ditemui berkata kejadian kebakaran di Rumah Panjang Tuai Rumah Nelson Ningkan berlaku begitu pantas sehingga banyak barangan tidak sempat diselamatkan.

“Ketika menyedari kebakaran berlaku, kami terus berlari keluar dari rumah. Namun saya teringat akan dokumen-dokumen penting lalu masuk semula untuk menyelamatkannya.

“Ketika masuk semula ke dalam rumah, saya langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Saya sendiri tidak sedar bagaimana bahu saya boleh melecur, mungkin kerana keadaan ketika itu terlalu panas,” katanya.

Tambahnya, kejadian itu merupakan kali kedua rumah panjang mereka terbakar, dengan insiden pertama berlaku pada tahun 2004.

“Paling mendukakan, kami sudah membuat pelbagai persiapan untuk sambutan Hari Gawai Dayak yang hanya tinggal dua hari sahaja lagi,” katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga cedera selepas lori terbabas di Jalan Lubok Subong
Next: Rosey zahir simpati terhadap 130 penghuni rumah panjang yang hilang tempat tinggal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.