Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah panjang lambang penyatuan warisan kaum Iban
  • WILAYAH

Rumah panjang lambang penyatuan warisan kaum Iban

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis melakukan lawatan tapak cadangan pembinaan Rumah Lukas Nanang di Kampung Sungai Nunggang, Temiang, Batu Lintang, Undop semalam. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Rumah panjang bukan sekadar tempat tinggal tetapi simbol penyatuan, semangat gotong-royong dan perpaduan yang diwarisi turun-temurun masyarakat Iban di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, rumah panjang melambangkan identiti dan kekuatan komuniti Iban yang sentiasa mengutamakan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kehidupan seharian.

“Saya amat menghargai usaha penduduk Kampung Sungai Nunggang, Temiang yang berhasrat membina rumah panjang baharu. 

“Ia membuktikan komitmen masyarakat di sini untuk mengekalkan tradisi warisan nenek moyang kita,” katanya.

DATUK Francis Harden Hollis melakukan lawatan tapak cadangan pembinaan Rumah Lukas Nanang di Kampung Sungai Nunggang, Temiang, Batu Lintang, Undop semalam. Foto ADUN Simanggang

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan tapak cadangan pembinaan Rumah Lukas Nanang di Kampung Sungai Nunggang, Temiang, Batu Lintang, Undop semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang yang mengadakan lawatan tapak di kawasan Tinting Berani turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman menjalankan lawatan susulan dan menyediakan kos anggaran bagi penyediaan tapak projek berkenaan.

“Keunikan rumah panjang ini bukan sahaja menjadi kebanggaan kaum Dayak di Borneo, malah menjadi simbol keutuhan masyarakat luar bandar dalam mengekalkan nilai kebersamaan dan warisan budaya yang kaya,” tambahnya.

Pada lawatan tersebut, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2026 berjumlah RM5,000 kepada badan induk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Nunggang Temiang, serta RM3,000 kepada Biro Wanita kampung tersebut bagi membiayai aktiviti pertubuhan masing-masing.

Sementara itu, rombongan Harden turut singgah di Rumah Bericha Jumpu, Kampung Temiang Baru bagi bertemu penduduk setempat. 

Selain itu, pada kunjungan ringkas itu, beliau turut meluluskan peruntukan MRP RM5,000 kepada JKKK Kampung Temiang Baru sebagai sokongan terhadap aktiviti komuniti.

Lawatan berkenaan turut disertai wakil JKR, pemimpin masyarakat setempat dan ahli-ahli JKKK.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Hospital Bersama Komuniti Saratok semarakkan semangat keprihatinan masyarakat
Next: APM Saratok perkukuh keupayaan anggota melalui latihan pengendalian ambulans, kawad kakiĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.