Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rumah Ngaji Dr. Fatimah berhasrat miliki bangunan sendiri
  • TEMPATAN

Rumah Ngaji Dr. Fatimah berhasrat miliki bangunan sendiri

Utusan Sarawak 5 months ago
SUMBANGAN… Dr Fatimah Bujang (dua, kanan) menghulurkan sumbangan untuk Tabung Surau Fatimah Az-Zahra semasa Majlis Silaturahim Al-Quran di Dewan Hikmah, Kuching.

KUCHING: Rumah Ngaji Dr. Fatimah – Destination Jannah Mengaji Al-Quran dan Kelas Bahasa Arab berhasrat mempunyai sebuah bangunan sendiri sebagai pusat pengajian dan pembelajaran Al-Quran pada masa depan.

Cadangan mempunyai bangunan Rumah Ngaji Dr. Fatimah itu disuarakan oleh pengasas rumah tersebut, Dr Fatimah Bujang pada Majlis Silaturahim Al-Quran di Dewan Hikmah di sini.

Menurut Dr Fatimah, cadangan mewujudkan bangunan setinggi 22 tingkat itu bertujuan mengembangkan kelas mengaji yang bermula dari asas al-Quran, tajwid, bimbingan asas taranum dan bahasa Arab sehingga ke peringkat lebih tinggi.

“Insya-Allah jika diizinkan, impian saya mahu mempunyai sebuah bangunan menempatkan Rumah Ngaji Dr. Fatimah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan selesa untuk pelajar dan masyarakat keseluruhan,” katanya yang juga Ketua Unit Al- Quran Hikmah.

Beliau menjelaskan, bangunan itu nanti akan ditempatkan di kawasan seluas kira-kira satu ekar di Metrocity, Matang bagi membolehkan ia mudah dikunjungi.

Cadangan itu turut menempatkan tempat tinggal, kelas tuisyen, bilik darjah yang bermula dari iqra sehingga pengajian dewasa dan ruang riadah yang kondusif, katanya, yang juga Pengarah Pusat Pengajian Al-Quran dan As Sunnah Kolej Sidma Sarawak.

Menurut Dr Fatimah, dengan adanya rumah ngaji ini, akan membantu melahirkan lebih ramai anak-anak pandai membaca Al-Quran seterusnya mencipta nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Insya-Allah dengan wujudnya rumah ngaji ini, mungkin kita  mampu melahirkan golongan tahfiz yang berstatus syahadah,” katanya.

Sehubungan itu, Dr. Fatimah mengajak golongan profesional seperti arkitek, jurutera, juruperunding dan sebagainya agar sama-sama menyumbang idea dan tenaga untuk merealisasikan impian tersebut.

Untuk rekod, Rumah Ngaji Dr Fatimah mula beroperasi pada Julai 2023 di Jalan Depo, Petra Jaya di sini, mempunyai lebih 100 pelajar terdiri daripada pelajar peringkat umur.

Mereka yang berminat mendaftar boleh menghubungi Dr Fatimah sendiri di talian 010-982 4036.

Sementara mengenai program Silaturahim Al-Quran, beliau menjelaskan program tersebut sebagai gerakan untuk mencetus kesedaran yang wujud hasil daripada beberapa kajian dijalankan mendapati masih ramai yang tidak cukup fasih membaca Al-Quran. Ini berdasarkan kajian Profesor Dato’ Abang Abdullah Abang Ali (2010).

Katanya, program itu bertujuan mengajak dan menghimpun orang ramai mengaji dan mentaddabur surah Al-Mulk yang dibaca beramai-ramai dan dipimpin Pensyarah IKMAS, Dr Ahmed Mohamed Ismail Ed Allam.

Ia merupakan anjuran bersama Rumah Ngaji Dr. Fatimah, Kolej SIDMA Sarawak dan Hikmah.

Majlis turut dihadiri Pengurus Dakwah HIKMAH, Ustaz Sarbini Dahlan, Pengerusi Kumpulan Kolej SIDMA Sabah dan Sarawak, Prof. Dr. Morni Kambrie.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 7,000 penganut Kristian bakal meriahkan acara perarakan Krismas Sabtu ini
Next: YPS terus pelihara warisan budaya menerusi Kem Sape

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.