Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah musnah terbakar di Kampung STC, keluarga hilang tempat tinggal
  • KEBAKARAN

Rumah musnah terbakar di Kampung STC, keluarga hilang tempat tinggal

Utusan Sarawak 10 hours ago
MUSNAH… Sebuah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung STC, Jalan Rambutan, di sini, sebentar tadi. – Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Sebuah keluarga kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Kampung STC, Jalan Rambutan, di sini, sebentar tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, kejadian berlaku sekitar 11.45 pagi. Bagaimanapun, semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan pada 11.53 pagi daripada penduduk setempat, sebelum mengerahkan sembilan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Noor Faqriakmal Jamari ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal yang telah musnah terbakar 100 peratus.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan dengan anggaran kemusnahan sekitar 15 peratus,” katanya.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja pemadaman dan kawalan api menggunakan dua aliran salur bantu mula.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kerja-kerja pemadaman dan pembersihan masih dijalankan di lokasi,” ujarnya lagi.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Beluru – Long Teru
Next: BBP Limbang padam kebakaran belukar di Kampung Bangkuati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.