Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Sungai Barie
  • KEBAKARAN

Rumah musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Sungai Barie

Utusan Sarawak 2 days ago
OPERASI pihak bomba memadam kebakaran.

SERIAN: Sebuah rumah musnah hampir 80 peratus dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Sungai Barie, Jalan Kuching-Serian, tengah hari tadi.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II, PPgB Mohamad Imran Sabri, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada 12.35 tengah hari, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

“Seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux digerakkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, hari ini.

Kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah berstruktur kekal bersaiz anggaran 40 x 60 kaki persegi, dengan api memusnahkan kira-kira 80 peratus keseluruhan bangunan.

Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman secara defensif menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel, manakala sumber air diperoleh dari sungai berdekatan.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya sebelum anggota melakukan pemeriksaan akhir dan berangkat pulang ke balai,” katanya lagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga blok rumah pekerja musnah dalam kebakaran, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.