Rumah musnah 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Simpok

Facebook
WhatsApp
KEADAAN rumah yang musnah 100 peratus di Kampung Simpok, Lorong 18, petang tadi. Foto JBPM.

SIBURAN: Sebuah rumah berstruktur kekal musnah 100 peratus dalam kebakaran di Kampung Simpok, Lorong 18, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.25 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah berukuran kira-kira 40 kaki lebar dan 60 kaki panjang.

“Kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah berkenaan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Komander Operasi, PBK II (TBBK I) Bujang Ina dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan Bomba Sukarela Simpok turut membantu operasi pemadaman sehingga kebakaran berjaya dikawal pada 4.10 petang.

Operasi tamat sepenuhnya pada 5.31 petang sebelum pasukan bomba berangkat balik ke balai.

ICE rancang guna robot anjing

WASHINGTON: Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menggunakan robot menyerupai anjing dalam operasinya, lapor Agensi Akhbar